English Version 中文版

Psikologi Keselamatan Jalan: Otak Anda Ketika Memandu

Bagaimana ciri-ciri keselamatan kereta yang paling pintar melindungi kita daripada pemandu lain dan juga diri kita sendiri.

Otak kita tidak dibina untuk melakukan pelbagai tugasan secara serentak (multitasking)

Multitasking adalah suatu perkara yang rumit. Ini adalah kerana otak kita tidak dapat menumpukan perhatian dengan berkesan terhadap pelbagai tugas secara serentak. Kepala kita akan mengalami kekalutan ketika kita beralih dari satu tugas ke tugas yang lain. Ahli neurosains memanggil proses ini sebagai “pertukaran tugas (task-switching)”.

Di pejabat, multitasking boleh mengakibatkan kesalahan yang tidak disengajakan. Di dalam kereta, kesalahan yang tidak disengajakan boleh mendatangkan kejadian yang tidak diingini.

Pemanduan terganggu adalah salah satu penyebab utama kemalangan kenderaan bermotor di seluruh dunia. Salah satu faktor yang mempengaruhi masa reaksi ialah kelajuan. Misalnya, pada kelajuan 88km/jam, anda dapat merangkumi kelebaran padang bola sepak hanya dalam lima saat sahaja. Faktor yang lain adalah sifat gangguan. Telefon bimbit telah menjadi punca tterbesar pemanduan terganggu terutamanya dalam kalangan pemandu muda. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, lebih daripada 61% pemandu juga mengakui bermain permainan telefon bimbit semasa memandu sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Mujurlah, apabila para pemandu semakin terganggu, teknologi sedang mencari cara-cara baharu untuk melindungi kita daripada diri kita sendiri. Salah satu contoh terbaiknya ialah teknologi Subaru EyeSight yang merangkumi sistem Brek Pra-Perlanggaran. Kamera-kamera sistem yang menghadap ke hadapan berfungsi sebagai mata kedua. Sebagai contoh, katakanlah anda sibuk melaraskan radio dan pemandu di hadapan anda berhenti secara tiba-tiba. Sistem Brek Pra-Perlanggaran akan segera menentukan kemungkinan perlanggaran berdasarkan kelajuan anda menghampiri kereta di hadapan anda dan teknologi Subaru EyeSight akan mengaplikasikan brek untuk mengurangkan kelajuan anda dengan selamat atau menghentikan kereta anda sepenuhnya.

image-1

Mengapakah kita jarang melihat apa yang akan berlaku

Otak kita sedikit bertindak seperti ahli sihir, membuatkan sesuatu benda hilang tepat di depan mata kita. Fikirkan bagaimana hidung anda menjulur tepat ke medan visual pusat anda (seperti yang baru anda ketahui), namun anda jarang menyedarinya. Penapisan selektif inilah yang membantu kita menumpukan perhatian pada perkara yang penting dan menapis perkara yang tidak penting.

Tetapi sementara penglihatan pusat dan persepsi kedalaman membantu kita melihat dengan jelas apa yang beada di hadapan kita, penglihatan periferal kita adalah kurang difokuskan secara terperinci. Sebenarnya, ketika kita memerhatikan apa yang berada di depan, penglihatan periferal kita hampir hilang.

Kini, bayangkan jika anda dapat melihat semuanya sekaligus. Dengan menggunakan sensor radar yang ditempatkan secara strategik di bumper belakang, Pengesanan Titik Buta Subaru dapat memberitahu anda jika suatu kenderaan menghampiri titik buta anda. Apabila itu berlaku, penunjuk visual pada cermin sisi yang berkenaan akan menyala

Beberapa model bahkan dilengkapi dengan kamera yang dipasang di cermin sisi yang akan memprojeksikan gambar-gambar langsung ke monitor pusat. Maka, ia membantu membawa titik-titik buta semasa meletak kereta.

Otak kita sedikit bertindak seperti ahli sihir, membuatkan sesuatu benda hilang tepat di depan mata kita.

Apa yang berlaku kepada otak kita ketika kita melamun (daydreaming)

Semasa kita melamun, kita pada asasnya mengalihkan otak kita menjadi neutral dan membiarkan fikiran kita merayau, dan ia adalah sesuatu yang kita semua lakukan lebih kerap daripada yang anda fikirkan. Dianggarkan bahawa orang biasa menghabiskan kira-kira separuh daripada waktu bangun mereka hilang dalam pemikiran. Walaupun ia adalah sukar untuk membayangkan bahawa lamunan adalah berbahaya, dalam satu bancian untuk pemandu di seluruh Amerika Syarikat, faktor utama kemalangan kenderaan maut adalah melamun. Mujurlah, di sini reka bentuk kereta yang canggih melangkah masuk.

Untuk membantu menarik perhatian pemandu kembali, ciri Makluman Permulaan Kenderaan Memimpin (Lead Vehicle Start Alert) Subaru EyeSight memaklumkan anda apabila kereta di depan sudah bergerak, maka, anda tidak menghalang lalu lintas (atau dibunyikan honk oleh pemandu yang agresif di belakang anda semasa anda memikirkan rancangan hujung minggu anda). Ia adalah salah satu daripada seratus cara Subaru menjaga keselamatan anda dengan sentiasa mengawasi jalan di sekitar anda, membantu memastikan minda anda tetap fokus pada perkara yang paling penting.

Find a Showroom

There's no better way to experience a Subaru.

Locate the nearest

Schedule a Test Drive

Experience Subaru performance from behind the wheel.

Book one today

Get a Brochure

See detailed specifications and explore helpful information at your leisure.

Request now